Archive for kisah teladan

Bau mulut org berpuasa

DSC00001-gambar hiasan-

Ketika berpuasa bau mulut adalah perkara biasa, klu ada org yang kata mulut kita busuk ketika berpuasa, jgn berkecil hati.. kerana bau itu sebenarnya harum bak kasturi disisi Allah swt.

Dinukilkan didalam al-quran mengenai kisah nabi Musa yang ketika mana bermohon kepada Allah agar diberikan sebuah kitab suci untuk menjadi pedoman dakwah dan petunjuk kepada kaumnya iaitu kaum bani isra’il. Lalu Allah memerintahkan kepada baginda agar berpuasa selama tiga puluh hari penuh, iaitu pada bulan Zulkaedah. Kemudian pergi ke Bukit Thur Sina di mana baginda akan diberi kesempatan bermunajat dengan Allah untuk  menerima kitab yang diminta, iaitu kitab taurat.

… continue reading this entry.

Advertisements

Tarbawi : Iktibar Dari Hud-Hud

By:Yussaine yahya

Hud-hud, si burung kecil yang menjadi salah satu bala tentera Nabi Sulaiman, berinisiatif terbang ke negeri Saba’, tanpa perintah Sulaiman. Selaku pemimpin, Sulaiman tentu gusar atas pemergian Hud-hud yang tidak diketahuinya. Baginda bahkan akan memberikan hukuman keras ke atas Hud-hud kerana sikapnya itu. Sulaiman kemudian berusaha bertanyakan ke mana gerangan Hud-hud pergi.

… continue reading this entry.

Owh.. ini puncanya.

puncaruntuh2

Ini kot sbb stadium bola terengganu runtuh. huhu.

20 sen dan harga sebuah iman..

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

“Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

“Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya”, pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”.

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.

Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

———————

Kadang2 kita tidak sedar tindak tanduk kita diperhatikan, apatah lagi kita sebagai seorang pendakwah. Jadilah mukmin yg bertakwa, kota apa yg dikata, teruskan berdakwah dengan bersungguh2 walau dimana pon medan perjuangan (Eg: belaja;kerja dll).

Tidak salah mengejar harta kekayaan dunia,  kerana itu sememangnya dituntut, tapi bagaimana pula harta kekayaan akhirat? Jangan sampai kita mewah didunia tetapi muflis di akhirat.. apatah lagi disiksa dlm api neraka, wana’uzubillah.