Archive for Hadis

Sifat-sifat munafik

Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang. (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Huraian :
Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang.

Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.
… continue reading this entry.

Advertisements

Pengertian hadis

Pengertian ilmu:

Pengetahuan tentang hakikat sesuatu atau kebenaran tentang sesuatu perkara.

Pengertian hadis:

Mengikut bahasa mengandungi beberapa pengertian:

  1. Yang baru
  2. Khabar atau berita
  3. Yang dekat atau tidak lama lagi

Mengikut istilah ahli2 hadis ialah segala apa yang disandarkan kepada nabi baik berupa perkataan, perbuatan, sifat tubuh badan atau kelakuan, ketetapan dan perjalanan hidup rasulullah SAW. Apa yang dimaksudkan ilmu hadis ialah satu ilmu yang disepakati oleh para ulama’ hadis tentang sanad, matan, cara hadis disampaikan oleh perawi, cara perawi menerima hadis dan sifat2 perawi yang meriwayatkan hadis itu.

Hukum mempelajari hadis:

  • Fardhu ain kepada individu.
  • Fardhu kifayah kepada orang ramai.

Pembahagian ilmu hadis:

  1. Ilmu hadis riwayah
  2. Ilmu hadis dirayah.

Ilmu hadis riwayah:

Segala apa yang disandarkan kepada nabi baik berupa perkataan, perbuatan, sifat tubuh badan atau kelakuan, ketetapan dan perjalanan hidup rasulullah SAW. Antara lain, ia juga ialah ilmu yang melengkapkan tentang petikan kata2 nabi, perbuatannya, penetapan (thabit) dan penghuraian lafaz2nya. Semua pemindahan ucapan Rasulullah SAW dan hadis baginda dengan cara penghuraian yang teliti.

Ilmu hadis dirayah:

Ilmu yang berkaitan sanad dan matan sesuatu hadis, iaitu mengenai sifat hadis tersebut samaada sahih, hasan, da’if, marfu’, maqtu,mauquf, pendek atau panjangnya hadis, cara penyampaiannya, cara penerimaannya serta sifat2 perawi itu sendiri. Ilmu ini juga membahaskan mengenai peraturan2 atau kaedah dalam meriwayatkan sesuatu hadis

Antara tajuk yang dibincangkan dalam ilmu hadis dirayah ialah:

1. Kedudukan hadis sebagai sumber perundangan.

2. Pembahagian hadis
i) Hadis Mutawatir.
ii) Hadis Ahad
3. Dari sudut sifat perawi.
i) Masyur.
ii) Aziz
iii) Gharib

4. Dari sudut bilangan perawi.
i) Sahih
ii) Hasan
iii) Dha’if