penin lalat~

byknyeeeeee keje. tula, sapa soh byk main. kang da x larat nk cover. kurang dsiplin, kurang integriti dalam kerja hanya menyusahkan diri sendiri, klu anda seorang yg bertanggungjawab la, klu x.. larikan diri jek. ermm.. mmg da rasa nk larikan diri.. nk lari ke USIM. dengar kata awek2 sana cun2… mana tau leh sangkut jadik bini.. ahhaaha. astaghfirullah.. kesitu lak. tp nk kemana lagi.. hihihi.

berbalik soal integriti.. disini wujudnya nilai jujur dan ikhlas dalam bekerja yang mungkin menghasilkan keberkatan dalam hidup. Integriti juga dapat meningkatkan prestasi dalam apa jua bidang pekerjaan jika ada kesungguhan. Saya akui, kurangnya integriti dalam diri saya menyebabkan… performance saya agak hampeh.. kerja lambat… gaji byk pon rasa mcm x cukup sbb x brapa nk berkat. Malah kadangkala akan menyusahkan org lain, terutama apabila sesuatu kerja bersangkutan antara satu sama lain. x berintegriti sperti… pegi opis lewat.. balik awal.. main game kat opis.. tido kat surau.. adeh byk la plak.  Semua ni rutin biasa bg saya…. walaupun kerja saya ni based on due date setiap task yg diberi… maksudnya .. janji keje siap ikut schedule. Walaupun kerja dapat disiapkan on time.. soal kualiti kerja pula yg mula dipertikai.. yala.. da kerja x bersungguh2.. janji siap jek. mana nk datang kualiti.

ini soal kerja.. bagaimana pula bagi yang membawa gerakan islam… bagaimana dengan integriti dalam gerak kerja sebagai pendakwah. Dimana tahap kesungguhan dalam melakukan gerak kerja. Bagaimana pembahagian masa kita untuk memaksimum gerak kerja dakwah.. semua perlu disoal dalam diri… jika ingin keberkatan dan keberkesan dalm gerak kerja. Kita wat program bukan sekadar buat program bg melepaskan tanggungjawab…. janji ada program.. berkesan ke x..itu lain cerita. Sikap sebegini sememangnya tidak layak bg seseorang yang bergelar ahli gerakan islam.

apa2 pun.. masing2 berubahla sebelum parah.. terutama kepada diri sendiri. umur da tua.. tp perangai mcm2 budak lagi… mungkin dok kawan ngn dzar kot. hahaha. mintak maaf ye dzar.

//hepi besdey mail n matki… mugo panje umo murah rejeki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: