Bau mulut org berpuasa

DSC00001-gambar hiasan-

Ketika berpuasa bau mulut adalah perkara biasa, klu ada org yang kata mulut kita busuk ketika berpuasa, jgn berkecil hati.. kerana bau itu sebenarnya harum bak kasturi disisi Allah swt.

Dinukilkan didalam al-quran mengenai kisah nabi Musa yang ketika mana bermohon kepada Allah agar diberikan sebuah kitab suci untuk menjadi pedoman dakwah dan petunjuk kepada kaumnya iaitu kaum bani isra’il. Lalu Allah memerintahkan kepada baginda agar berpuasa selama tiga puluh hari penuh, iaitu pada bulan Zulkaedah. Kemudian pergi ke Bukit Thur Sina di mana baginda akan diberi kesempatan bermunajat dengan Allah untuk  menerima kitab yang diminta, iaitu kitab taurat.

Setelah berpuasa selama tiga puluh hari penuh dan tiba saat untuk mengadap Allah di atas bukit Thur Sina Nabi Musa merasa segan untuk bermunajat dengan Allah dalam keadaan mulutnya berbau  akibat puasanya. Maka baginda menggosokkan giginya dan mengunyah daun-daunan dalam usahanya menghilangkan bau mulutnya. Baginda ditegur oleh malaikat yang datang kepadanya atas perintah Allah. Berkata malaikat itu kepada baginda: “Hai Musa, mengapakah engkau harus menggosokkan gigimu untuk menghilangkan bau mulutmu yang menurut anggapanmu kurang sedap, padahal bau mulutmu dan mulut orang-orang yang berpuasa bagi kami adalah lebih sedap dan lebih wangi dari bau kasturi. Maka akibat tindakanmu itu, Allah memerintahkan kepadamu berpuasa lagi selama sepuluh hari sehingga menjadi lengkaplah masa puasamu sepanjang empat puluh hari.”

Melihat keadaan yang berlaku kepada nabi Musa, kita sepatutnya berbangga dengan bau mulut yang kurang sedap, tp tak payah la dok pi menguap kat orang. kang ada yg kene penampau. huhu. sbbnya yang bau wangi tu disisi Allah dan para malaikat.. bukan disisi manusia. Persoalan yg sering timbul, apakah hukum gosok gigi ketika berpuasa?

Setengah ulama’ berpendapat gosok gigi ketika puasa tu hukumnya makruh dan akan mengurangi pahala puasa kerana dikhuatiri akan menelan air secara tak sengaja. Diceritakan dalam sebuah kisah di zaman nabi saw, seorang hakim yang tertidur di pagi hari saat berpuasa dan tak sempat mengosok giginya.

“Aku bekerja untuk kemaslahatan umat. Bolehkah aku berkumur setelah tidur?” tanya hakim tu kepada nabi.

dan nabi menjawab, “Tanyalah hatimu. Kembalikan semua pada hatimu.”

Ini bererti, tindakan menggosok gigi ketika berpuasa tu dibolehkan dan ia kembali kepada niatnya. Kalau niatnya hanya sekadar untuk suka2, baik jangan dilakukan. Waktu yang paling tepat untuk menggosok gigi adalah selepas bersahur.

klu dah terlepas waktu sahur akibat tertidur, klu nak berkumur masih dibolehkan dengan syarat berkumur yg tidak melampau2, agar tidak tertelan air secara sengaja.

Pada zaman nabi juga ada seorang sahabat yang salah paham mengenai bau mulut ketika puasa, sehingga dia tak gosok/bersiwak selama 3 hari. Ketika dalam sesi kuliah nabi, baginda tercium bau busuk, lalu baginda bertanya siapa di antara orang-orang menghadiri kuliah tersebut mempunyai masalah bau mulut. lalu sahabat tu pun mengaku.

“Sahabat itu berkata, ‘Kan engkau yang menyuruh aku ya Rasulullah? Bau mulut seseorang yang berpuasa akan diganti dengan wangi kasturi’.
Rupanya sahabat tu ingat.. semakin berbau mulutnya semakin wangi (bau di syurga nanti)”.  Lalu nabi membetulkan semula dengan mengatakan bahwa bau mulut orang berpuasa yang akan diganti wangi kasturi di syurga berasal dari hati yang bersih dan hanya mengeluarkan perkataan baik ketika berpuasa.

Nabi sendiri adalah contoh terbaik, baginda menjaga kebersihan dan kesihatannya, termasuk menjaga kebersihan gigi dan mulutnya. So kuatkan amal ibadat di bula pose ni disamping jaga penampilan diri dan kesihatan. Jangan asyik melantak tak hengat dunia (pesanan utk diri sendiri dan warga DM). Bukan apa.. ahli gerakan islam ni.. kurang menjaga kesihatan.. byk yg mati awal. erk!.

//pesanan terakhir.. pose jangn x pose.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: