Td baru abis program spies untuk belia, hanya menjadi fasi tp mcm peserta lak kerana pengisian yg disediakan sangat2 menyentuh hati dan sangat2 mantap. Saya sgt bertuah dapat berada dlm prog tersebut walaupun ade beberapa slot yang tak dapat diikuti kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan. Pengisian program disediakan dan dibentangkan sepenuhnya oleh konsultan dibawah ustaz kautsar.
Terlalu banyak benda yang diperolehi sepanjang program, mungkin kerana kearifan dan kepandaian ust kautsar dalam menyampaikan setiap pengisian. Setiap point diolah begitu menarik, nada bahasa yang sesuai dengan mood peserta serta pelbagai cerita2 teladan yang diselitkan mmbuat peserta n urusetia menghayati cerita yang diceritakan sehingga ada yang ketawa terbahak2 dan ada masa ada yang tidak dapat manahan air mata . Seronok betul berinteraksi dengan adik2 peserta, walaupun nakal2 skit tp mereka tahu menghormati org yang lebih tua. Yang x bleh blah, ada yang pgl saya ‘ustaz’… terasa malu pon ada, nk t’gelak pon ada. Tp ok lg la sbb ade junior saya tu ada org igt dia penceramah…lagi x bleh blah. huhu.
Untuk makluman program spies ini adalah dibawah kelolaan kerajaan negeri selangor dibawah portfolio exco pendidikan dan pembangunan modal insan dan program ini bebentuk program motivasi untuk belia yang berumur 12-17 tahun. SPIES itu adalah singkatan bagi Spritual, physical, Intellectual, emotional and Social.
Oleh kerana da nak pukul 12 mlm, saya da malas nk taip byk2… tgok je la gambor2 kat bawah ni.
dzar_macho Said:
on August 15, 2009 at 1:08 pm
macho gile mamat dekat gambar bawah sekali tu…hahaha….
abang kenapa ada gambar abang usha muslimat tu…hahaha
tilmizislam Said:
on August 16, 2009 at 5:21 pm
macho ke poyo.. hmm..susah nk tentukan ni. huu.