Hitter yg hilang

Ntah mana hilang hitter.. tetiba je xde. Pening juga dibuatnya.. yela, sy ni kan dah diiktiraf sebagai peminum kopi radix tegar. Time2 nk panaskan air.. hitter lak hilang. klu sy jumpa sapa yg sembunyikan hitter.. siapla. sy da lama x pukul org.. hihi. Waa.. mcm addict drug lak sampai nk pukul2 org. huhu. Tp alhamdulillah, otak sy berfungsi dengan baik. kuali pon kuali la.. janji bule panaskan air.. apa yg penting.. kopi radix kow dapat dihirup. klu da guna kuali.. rasa airnya tentula pelik skit.. tp xpe.. mission accomplished!!

Begitula juga dlm berdakwah, kadang2 x semua benda tersedia untuk kita dlm perjuangan di jalan yg berliku ni. Kita harus kreatif dlm mencuba sesuatu yg baru meskipun sesuatu yang pelik jika dipikir oleh logik akal manusia semata2. Untuk melihat hasil, mesti ada usaha atau tindakkan. Dlm kisah hitter tu, klu saya x guna kuali.. tentu x merasa la sy minum kopi radix aritu, walaupun airnya x sesedap jika m’gunakan hitter… sy dapat juga minum. Jika disoroti permasalahan yg ada, seringkali kali kita mengutarakan masalah mad’u yang kurang paham, tp apa tindakkan kita untuk memahamkan mereka. mahu atau tidak, rajin atau malas.. kita mesti memikirkan sesuatu tindakkan yang akan membuatkan mad’u kita paham. Ya.. kefahaman, hidayah semer tu hak Allah.. tetapi kita dituntut untuk berusaha memahamkan mad’u sebagai sunnatullah.

Kita ambik sirah nabi sebagai contoh, ketika mana Rasullullah nk berhijrah.. baginda mengambil langkah berhati2 untuk mengelakkan diri dari org2 kuffar yg nk membunuh nabi.. penuh strategi sedangkan Allah telah menjanjikan keselamatan kepada rasulullah. Kenapa tidak baginda keluar berhijrah sepertimana biasa… hatta menepuk bahu abu jahal dan menghebahkan kepada semua bahawa baginda hendak berhijrah. Apa nk ditakutkan? Allah dah menjanjikan keselamatan kepada baginda. Betapa hikmahnya tindakkan baginda, menjadi contoh terbaik buat kita.. beliau x sesekali mengabaikan faktor sunnatullah.. strategi tetap diatur dengan baik sehingga proses hijrah itu berlaku dengan selamat.

moral of da stori mori:

  1. Kena ada usaha untuk melihat hasil.
  2. Kena kreatif, sesuaikan method dakwah dengan kekurangan yg ada dan keperluan semasa.
  3. Jadikan rasulullah sebagai role model.. bukan sekadar pemanis bicara, pelembut kata.

Ayuh kita terus merancang dan melaksana rancangan dengan bersungguh2.. kita bina semula empayar kita sehabis baik. Klu bukan kita, siapa lagi?

//apa yang penting .. buat keja!  3x (nyanyi mcm lagu wonderpat).

//mai secawan!

3 Comments »

  1. lala Said:

    Salam Bro. Heater dgn Hitter, sama tak ?😀

    • tilmizislam Said:

      sama je. heater tu dlm bhs english, hitter tu dlm bhs zimbabwe. tu la, dulu sekolah rendah xnak belaja bhs zimbabwe, asobiyah sgt ngan bhs jawa nyer. tp jawa pon x reti ckp gak. huhuhu

  2. hayatulNur Said:

    analogi hitter & kuali…x pernah dgr lg sebelum ni..

    jgn la kita sentiasa mengharpkn mad’u kita akn yg sentiasa fhmmi kita,,tp sedarla kita ,kita bertanggungjwb memahami mad’u kita terlebh dhulu,,

    “”Jika disoroti permasalahan yg ada, seringkali kali kita mengutarakan masalah mad’u yang kurang paham, tp apa tindakkan kita untuk memahamkan mereka. mahu atau tidak, rajin atau malas.. kita mesti memikirkan sesuatu tindakkan yang akan membuatkan mad’u kita paham..””

    ana ambil ayat penulis blog untuk peringatan kepada kita..


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: