Faktor Kejayaan Tarbiyah

Berdasarkan petikan Tarbiyah Islamiyah wa Madrasah Hassan al-Banna :
1. Keyakinan yang teguh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang mampu merubah masyarakat, membentuk petugas-petugas dakwah dan satu-satunya jalan untuk mencapai cita-cita dan harapan. (tarbiyah bukan segalanya, tapi segalanya bermula dengan tarbiyah)
Tarbiyah seharusnya bermula dengan diri sendiri tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat, peningkatan ilmu secara komprehensif perlu dilakukan oleh barisan pimpinan diperingkat tertinggi hatta ahli biasa. Apa yang berlaku diperingkat GIK, kecenderungan untuk mencari ilmu hanya dilakukan oleh individu-individu tertentu, dah individu-individu yang lain pula masih dirantai oleh sikap kemalasan dan menunggu ilmu itu datang di depan mata. Kesibukan sentiasa menjadi alasan, dan ada pula sengaja menyibukkan diri apabila diajak untuk menuntut ilmu, tetapi yang peliknya banyak pula masa untuk menonton cerita indon, tidur yang berlebihan, bermain game, anime dan pelbagai lagi aktiviti yang sangat-sangat tidak berfaedah. Jika anda mengharapkan ahli GIK itu berkualiti, anda perlu membudayakan tabiat membaca buku-buku ilmiah disamping keluar mengaji di tempat-tampat pengajian seperti surau, masjid yang menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, syarahan agama kepada seluruh ahli GIK itu sendiri.

Pimpinan tertinggi seharusnya bersikap lebih tegas dalam mengendalikan maslahah-maslahah yang berlaku dikalangan ahli GIK terutama yang yang berada dirumah jemaah. Solat subuh misalnya, ahli GIK seharusnya lebih berdsiplin untuk bangun solat subuh diawal waktu, tp malangnya subuh dilambatkan dek rasa malas untuk bangun dari tidur. Imam hasan al-banna sendiri dalam wasiat beliau yang pertama menegaskan supaya semua solat fardhu hendaklah dilakukan diawal waktu. Malu rasanya jika Imam hasan al-banna masih hidup dan melihat wasiat beliau yang paling utama diabaikan.

2. Adanya manhaj tarbiyah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang, sumber yang jelas, bersifat syumul dan mempunyai kaedah pendekatan yang berbagai, ditegakkan di atas falsafah kefahaman yang terang dan diambil terus dari ajaran Islam yang tulen. Manhaj yang sesuai dengan waqi’ semasa akan melancarkan gerak kerja, oleh itu manhaj perlu sentiasa diteliti dan disesuaikan mengikut keadaan.
Pada kebiasaannya manhaj tarbiah hanya dibincangkan oleh orang2 terlibat secara langsung dengan tarbiah.. contoh lajnah tarbiah atau pimpinan tertinggi shj. Ahli bawahan kadangkala tidak paham manhaj, menyebabkan mereka tidak betul-betul paham mengapa sesuatu program dibuat dan ini menyebabkan ada yang mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ahli hatta yang sudah bergelar pimpinan.
Manhaj sepatutnya bersifat dinamik tetapi tidaklah perlu sentiasa berubah-ubah sesuka hati tanpa ada sebab dan alasan yang kukuh. Program2 yang dinyatakan di dalam manhaj berkemungkinan tidak mencapai target yang diharapkan, oleh itu ia perlu di backup oleh program2 tambahan. Kesungguhan dalam melaksanakan program-program manhaj adalah perlu agar program tersebut berjaya dan mencapai target, anda tentu tidak mahu membuat banyak kerja yang sama berulang-ulang.
Usaha untuk memahamkan ahli mengenai kepentingan manhaj haruslah dibuat dari masa ke semasa, baik penyampaian di dalam usrah pimpinan, liqa’ ahli hatta ke tamrin. Fikir method yang sesuai dengan keadaan mad’u dan jangankan tiada langsung program-program yang diadakan untuk memahamkan dan melatih ahli.

3. Suasana jamaie yang positif (bi’ah jamaiyyah) yang dibina oleh gerakan islam yang setiap anggota cuba sedaya upaya melaksanakan cara hidup Islam dengan pelbagai cara. Bi’ah solehah dapat membantu membina sahsiah diri yang baik dan islamik. Setiap manusia bergantung kepada turun naiknya iman untuk melakukan kejahatan atau kebaikkan dan bi’ah solehah umpama baja yang menyuburkan iman seseorang sekaligus mengurangkan kecenderungan untuk melakukan maksiat. Rumah jemaah seharusnya dijadikan tempat untuk memperbaiki akhlak dan sahsiah serta tempat untuk meningkatkan ilmu serta amalan.
Malangnya, ada rumah jemaah yang gagal membina bi’ah solehah ini, tidak mewajibkan solat diawal waktu, mengabaikan meeting/tazkirah yang membincangkan masalah dalaman dan luaran jemaah, tidak mewujudkan budaya membaca dan tiada usaha untuk meningkatkan amalan2 sunat. Macam mana lagi kekuatan atau daya tahan ahli GIK hendak wujud klu X factor ini diabaikan. Teladani kerajaan Sultan muhamad al-fateh, bagaimana Allah mengurniakan mereka kekuatan sehingga mampu membuka kota kostantinopel.

4. Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan khibrah. Ada pepatah mengatakan, busuknya ikan bermula dari kepala. Betul atau tidak, anda sendiri tentukan. Ya, saya tahu, memang susah untuk fokus studi dan gerak kerja pada suatu masa apatah lagi ada yang memegang 2,3 jawatan. Tetapi kita harus sedar, tanggungjawab itu tuhan berikan adalah mengikut tahap kemampuan kita, ianya terpulang kepada kita untuk melaksanakannya dengan bersungguh2 atau sambil lewa. Itu hak anda tetapi yang pasti ianya tetap disoal oleh Allah kelak. Pada kebiasaannya, gerak kerja itu menjadi sukar apabila perancangan dibuat last minute sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
Sebagai seorang pimpinan seharusnya bersedia untuk menjadi qudwah hasanah kepada yang lain. Ahli GIK memerlukan satu contoh atau guideline dari pimpinan untuk mereka bergerak dan memperbaiki diri. Jika pimpinan sendiri tidak berusaha untuk meningkatkan kualiti diri, tidak menjaga adab dan thiqah bagaimana hendak membangun atau mendidik kualiti ahli. Kita ahli gerakan islam bukan ahli kelab hoki atau rugby atau dll, adab sebagai ahli gerakan islam mesti dijaga.
Seringkali perbezaan gender menjadi masalah sehingga menyusahkan gerak kerja dakwah. Satu istilah yang baru yang saya dengar, “muslimin feminine, muslimat maskulin”. Bagi saya, istilah ini tidaklah bermasalah kerana ianya ada keseimbangan antara limin dan limat. Jika limat kuat, limat kena membimbing limin dan begitu juga sebaliknya. Memang..limin sepatutnya memimpin tetapi dalam situasi tertentu dan tidak salah limat yang memimpin jika liminnya lemah tahap kronik. Dalam kes ini, saya lebih suka menggunakan ‘result oriented’ sebagai indicator, jika hasil gerak kerja di peringkat limin atau limat mencapai target.. tiada istilah limin lemah atau limat hampeh lagi. Kejayaan sesuatu gerakan bukan hanya bergantung kepada limin atau limat shj, ianya bergantung kepada kedua2nya. Jika salah satu hampeh, hampehla keduanya.. kita 1 jemaah dan bukan jemaah limin atau jemaah limat.

5. Wujudnya sebilangan murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam melaksanakan tugas mereka.

6. Kepelbagaian wasilah ; fardi dan jamaie, teori atau amali, aqli atau atifi, positif atau negatif. Untuk menghasilkan output, tentunya ia memerlukan input dan process. Jika kita inginkan kualiti ahli sebagai output, kita harus menyediakan input yang berkualiti dan cara penyampaian input yang baik sebagai process. Long story cut short, kena ada usaha untuk memberi kefahaman kepada ahli, tak kira la liqa’ ke, usrah ke.. janji ada usaha. Mcm yang saya cakap sebelum ni…guna je la apa-apa method yang sesuai, jangan tade langsung. Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: