Pesanan Kepada Yang Baru Grad (termasuk yg lama tp x aktif)

Perjuangan dikampus hanya sekadar latihan.. ini satu ungkapan biasa yang didengar. Bagi saya, memang ia satu latihan tetapi para ahli GIK juga memikul satu beban besar yang kadangkala dipandang enteng kepentingannnya oleh ahli GIK sendiri.. iaitu merekrut dan melatih ahli baru untuk dibekalkan kepada jemaah(PAS) apabila sudah bergraduasi kelak. Ntah mana hilangnya ahli2 GIK yang dulu menjadi penggerak di kampus2 bila khidmat mereka diperlukan. sibuk bekerja, kahwin .. beranak pinak.. bila mau membantu jemaah (PAS)? Ada pula yang hanya sibuk berusrah tetapi masih berat tulang untuk menjenguk kampus, cawangan2, kawasan2 hatta diperingkat pusat. Bila ini berlaku.. soal kualiti kembali dibangkitkan. Disini pentingnya pertarbiahan yang betul diperingkat kampus.

Entry kali ini bukanlah untuk menceritakan apa GIK patut buat tp untuk berkongsi persedian untuk ke medan yang sebenar. Berikut adalah Softcopy artikel yg saya dapat daripada email apprentice. Harap dapat membantu untuk meringankan tulang kita semua:

1.     Bakal alumni perlu tetapkan matlamat ‘lokasi’ selepas graduade. Balik Kg atau Ingin cari Kerja di KL atau tempat lain (Minimum kena duduk 1 tahun). Ini bagi memudahkan untuk mereka sertai Jamaah dan belajar tentang PAS yang sebenar diluar kampus & memudahkan alumni mengesan mereka. kalau asyik pindah randah-kejap nak balik kg, kejap nak keje kat bandar..nie agak susah (Outstation lain cerita).

2.     Kalau rasa cawangan @ kawasan yang berhampiran tak serasi atau kurang aktif, cubalah cari cawangan lain yang berdekatan dan aktif dan lebih memerlukan tenaga kita.

3.     Bakal alumni juga kena menetapkan bentuk sumbangan yang ingin diberikan. Kalau ingin memberikan ‘personal skill’ boleh masuk lajnah untuk membantu tapi kalau rasa bersedia untuk jadi pimpinan boleh mula dari tahap cawangan-negeri (Bergantung pada tempat terlibat). Tapi jangan sesekali meminta jawatan, mulakan penglibatan sebagai ahli biasa yang aktif membantu pimpinan dan lajnah2 dahulu, biar mereka nilai bakat anda. Jangan risau, dalam Jamaah banyak kerja dan Jawatan kosong.

4.     Anggaplah proses pertama memasuki Jamaah PAS yang sebenar ini umpama cari kerja. Kita kena berebut cari tempat nak terlibat, berani perkenalkan diri, tunjukan minat dan juga skill bagi meyakinkan pimpinan diluar.

5.     Bakal alumni juga kena bersedia dan belajar memahami sikap-sikap ahli PAS. Tidak semua ahli PAS itu belajar di IPT, ada yang sekolah takat UPSR sahaja, tapi aktif dan banyak pengalaman. Terdapat juga golongan tua dalam PAS yang agak konservatif dalam soal politik & Strategi kerja Jamaah. Jadi para alumni kena belajar untuk menerima dan melayani karenah dari 2 kelompok ini agak tidak terlalu tertekan khususnya dalam mencadangkan apa-apa penambahbaikan dimasa akan datang.

6.     Selain itu, tidak semua ahli PAS diluar menerima tarbiyyah sama seperti Alumni kampus. Ada yang tak pernah pi usrah , ada juga yang baru nak belajar memahami Islam, dan ada juga yang masuk PAS ini sebab minat politik atau ikut-ikut keluarga dan kawan. Jadi kena pandai ‘deal’ dengan mereka.

7.     Pastikan Bakal alumni membiasakan diri untuk bekerja dalam semua peringkat dan tidak terlalu memilih kerja. Kebiasaannya, kawasan yang aktif seperti Gombak akan meletakkan alumni baru sebagai al-malak @ ahli biasa unit amal. Mereka hanya ditugaskan buat kerja biasa unit amal dan tidak terlibat dalam perancangan & strategi. Ini berbeza dengan kawasan kecil dan lemah seperti di WP, Melaka dan N9 dimana para alumni baru terus diberikan jawatan dan kena berdikari dengan cepat dan selalunya harapan tinggi akan diberikan oleh mereka.

8.     Sebaik-baiknya  terlibat dengan Jamaah dahulu sebelum berkahwin agar mudah membiasakan diri dengan jadual bersama parti. Ramai yang berkahwin dulu susah nak balik kepada Jamaah sebab jadual malam dan hujung minggu dah awal-awal diperuntukkan untuk keluarga bukan untuk parti. Sampai satu tahap mereka tak nampak ruang untuk diberikan pada parti sebab sibuk dengan kerja, anak isteri dan sedara mara.

9.     Sebaik2 kahwin lepas setahun grade dan pastikan pada masa itu soal kerja dan penglibatan dengan Jamaah dah stabil dan utuh.

10.  Mereka yang terlibat dahulu kebiasaannya akan belajar lebih banyak pengalaman dari senior yang telah lama dalam Jamaah tentang soal-soal rumahtangga dan insyaAllah itu akan membantu untuk kelangsungan bersama jamaah selepas kahwin. kita automatik akan terasa malu jika tidak aktif selepas kahwin kerana kita dah kenal ramai sahabat lain didalam Jamaah yang lebih besar dan dekat dengan kita.

11.  Sebaik2 sentiasalah saling mengingatkan pasangan anda untuk turut terlibat bersama Jamaah bila dah ada diluar. Jadikan kewajipan terlibat dalam jamaah sebagai prasyarat perkahwinan.

12.  Pastikan juga kedua2nya berbincang tentang tempat bermastatutin dan biarlah dekat dengan Jamaah.

13.  Dan kalau boleh berbincanglah tentang masa depan bersama jamaah lepas kahwin. Sama ada kedua-dua ingin terlibat atau tidak, itu terpulang pada perbincangan dan sebaiknya biarlah sorang pegang jawatan penting dalam jamaah dan sorang lagi jadi ahli biasa atau AJK biasa. Kalau dua2 jadi orang penting lagi baik (Tapi ini biasa terjadi peringkat cawangan sahaja-suami ketua pemuda, Isteri ketua muslimat). kena fikir juga tanggungjawab untuk bahagikan masa bersama keluarga dan anak2. Jangan dua2 terlalu aktif sampai abaikan anak2 pula (Ini kerap terjadi sampai anak2 kecewa dan bila besar mereka tak nak join PAS pula)- Semua ini kena fikirkan lebih awal sebelum kahwin agar mudah dimasa hadapan. Selalu yang jadi masalah sebab Bakal alumni nie hanya fikir kahwin lepas grade tanpa fikirkan perancangan & kesan2 lain dimasa hadapan yang akhirnya menghayutkan mereka.

14.  Bagi yang belum ada pasangan, insyaAllah diluar ramai menanti yang penting terlibat dahulu. Ramai muslimin yang lambat kahwin diluar sebab tak terlibat dengan Jamaah hingga mereka sukar nak cari pasangan hidup yang baik dan sefikrah.

15.  Setiap alumni kena mewajibkan diri untuk mengakses sumber maklumat parti seperti HarakahDaily (Pasang Internet dirumah) @ beli akhbar harakah setiap 2 minggu. Ini penting untuk memastikan alumni tahu pendirian dan isu semasa yang melibatkan parti dan tidak mudah terpengaruh dengan gosip di akhbar harian lain.

16.  Pastikan menyertai usrah dicawangan atau kawasan. Jika tiada ditempat yang kita duduk, usahalah cari ditempat lain yang berhampiran (Tak semua cawangan buat Usrah-tengok sapa ketua cawangan dia).

Nyatakan juga kebaikkan jika terus terlibat dengan Jamaah;

1.     Iman dan akhlak terjaga.

2.     Teman yang baik akan bertambah ramai (kalau tak terlibat pun ramai kawan, tapi kawan yang berakhlak lebih ramai dalam jamaah).

3.     Ilmu dan skill juga akan bertambah.

4.     Pendapatan kita lebih berkat dan hati jadi lapang.

5.     Rumahtangga kita akan lebih dirahmati (Alhamdulillah, masalah perceraian tiada dalam jamaah, yang ada adalah mereka2 yang kawin & tambah isteri lagi)

‘Bala’ yang Allah bagi bila tak nak terlibat dengan Jamaah;
1.     Susah nak cari kerja-kalau dapat pun kadang kala kerja itu susah hingga perlu buat Overtime dan atau banyak rintangannya.

2.     Walaupun gaji besar tapi hutang keliling pinggang sebab tiada sahabat yang boleh bagi nasihat yang baik sama seperti sahabat sefikrah. Kita akan belanja ikut nafsu dan akhirnya hutang kad kredit dll banyak.

3.     Pendapatan yang kita terima pun memang halal tapi tak berkat sebab kita kedekut bagi masa untuk Jamaah.

4.     Bila pendapatan tak berkat, anak isteri pun jadi lain macam dan tidak hormat pada kita.

5.     Bila tak dapat keberkatan pun kadang kala harta yang kita beli seperti kereta akan selalu rosak, rumah dimasuki pencuri, anak bini selalu sakit dan sebagainya.

6.     Hati pun akan jadi gelap dan akhirnya tidak peduli tentang masalah masyarakat dan Islam.

7.     Jiwa akan jadi kosong dan rasa sempit kerana jauh dari Allah.

8.     Bila kita susah tak ramai yang tolong sebab bila diluar, mereka yang bukan ahli Jamaah selalunya tidak memahami erti takaful dan tidak kisah masalah orang lain.

Kita kena berazam dan memahami tentang diri dan roh ahli pasukan perang Badar di zaman awal Islam. Kita juga kena bersikap seperti mereka, besar atau kecil jamaah yang kita terlibat bukanlah persoalannya. Yang penting kita harus fikir soal;

“Jika kita tidak mahu terlibat dengan jamaah hari ini, maka tidak akan ada lagi manusia yang akan sembah Allah selepas kita mati dan kita pun akan mati dengan kutukkan oleh anak cucu kita kerana kita tidak mewariskan Islam yang sebenar untuk mereka “.

Kita kena fikir macam nie barulah tekad kita kuat untuk berjuang.

Pesanan dari ana, klu susah nak terlibat dengan kawasan, aktifkan diri utk terlibat dengan persatuan anak negeri..pengalaman ana, ana aktif dengan anak negeri dulu, baru kenal pimpinan pemuda kawasan ana dan terlibat dengan pemuda kawasan kerana ana x tau nak contact sape (pemuda) lepas grad.

3 Comments »

  1. katak comey Said:

    alhamdulilah..entry yg menarik..bukan utk yg sudah grad sje tp sesuai utk tatapan ahli syarikat juge =D
    seharusnye pendedahan sebegini perlu terutamanya penerangan daripada ALUMNI sendiri..pengalaman dan sbgnya kpd pewaris gerak kerja dikampus insyaAllah (^_^)

    • tilmizislam Said:

      penerangan perlu dibuat disetiap peringkat, buat setakat mana yg termampu.. jgn x buat langsung sudah.
      insyaAllah, saya akan berkongsi apa yg termampu.
      Cik katak comey kena jd contoh kpd yang lain, lenkali ajak geng2 g dengar kuliah sekali. muslimat memimpin perubahan. =D

  2. katak comey Said:

    betul3..kalo la bule buat program reunion semua ahli syarikat.. kumpulkan semua alumni juga ahli yg masih ada..buat satu slot penerangan dari hati ke hati..wa mesti seronok…

    insyaAllah katak comey cube mana yg termampu..
    pasal ajk dengaq kuliah tu insyaAllah juge..kdg2 tak leh pakse jugekan..

    ~muslimin menerajui gerakan, memimpin muslimat membwa perubahan ~ =D


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: