UG

Unity Government yang diperkenalkan oleh TGHH telah mengundang pelbagai polemik dikalangan ahli, kawan dan lawan kepada PAS. Belum pun sempat penerangan mengenai UG ini digerakkan, pelbagai andaian, kritikan hatta kutukan telah menyeret TGHH menarik semula dasar baru yang diperkenalkan itu. UG ditarik balik bukanlah kerana kritikan atau kutukan yg melampau, tetapi tahap pemahaman mengenai konsep UG dikalangan ahli dan pimpinan PAS masih rendah.

Lontaran Pendapat.
UG pada asasnya hanyalah lontaran pendapat peribadi TGHH untuk diketengahkan dan dibincang oleh semua peringkat, bukannya arahan untuk melaksanakannya. Di peringkat ini pon sudah ramai yg menggelabah dan memberi pendapat yang rata2nya tidak memahami UG, hanya mendengar dari mulut2 orang tertentu yang belum pasti kebenarannya. Jika UG satu langkah yang salah, bincanglah seeloknya.

Wala’.
Secara amnya, jika sesuatu dasar hendak dibuat, ianya perlu melalui 2 dewan tertinggi PAS iaitu dewan harian, dan syura ulama’. Jika dasar UG ini diterima oleh kedua2 dewan, wala’ harus diberikan. Konsep wala’ dalam jamaah islam, memberikan wala’ selagimana ianya x melanggar syarak. Sikap ahli jamaah yg suka melatah tanpa memahami terlebih dulu dasar baru yg cuba diperkenalkan seolah2 menyerahkan leher kepada pihak musuh. Jika tidak berpuas hati dengan keputusan pimpinan, gunalah saluran yg sebetulnya.. patuhi adab bermujadalah (berdebat). wala’ tak bererti taqlid buta, mengikut arahan membuta tuli tanpa memahami atau memperhalusi dahulu isi kandungan arahan tersebutlah yang dinamakan taqlid buta, ianya jelas berbeza dengan konsep wala’.

Mengapa UG sedangkan PR adalah ‘government in waiting’.
Secara peribadi, utk menumbangkan kerajaan umno/BN dan mewujudkan kerajaan PR tidaklah mustahil tetapi bolehkah dasar atau prinsip PAS iaitu mewujudkan sebuah negara islam akan direalisasikan dlm kerajaan PR? adakah PKR dan DAP akan merestui kerajaan islam PR ? DAP begitu lantang menyerang PAS dalam isu SIS, PKR pun apa kurangnya. Jika negara islam tidak ditegakkan dalam kerajaan PR, samalah dengan kerajaan umno/BN. Mungkin inilah yg menjadi asas kepada konsep UG itu sendiri. Tetapi jika melihat dari mudharat, antara UMNO n PR.. bekerjasama dengan UMNO lebih besar mudharatnya, kerana sejarah telah membuktikan UMNO memang tidak boleh dipercayai. Hakikatnya konsep UG itu adalah strategi untuk melemahkan UMNO. tetapi ianya perlu dibahas, dikaji dengan selumat2nya sebelum diperkenal kepada semua pihak.

UG perlu juga dibincangkan diperingkat pimpinan PR agar tidak melanggar tahalluf siyasi yang telah dibuat. Nabi SAW tidak pernah melanggar perjanjian yang dibuat dengan sesiapa pun hatta dengan pihak musuh. Apa pun jua tahalluf atau pakatan yang dibuat mestilah menguntungkan islam dan tidak bersekongkol dengan kejahilan.

Kisah UG ini sememangnya menguji tahap kekuatan PAS. Penentangan terbuka ahli terhadap pimpinan PAS menunjukkan tarbiah PAS masih berada diperingkat yang rendah, kurangnya kefahaman mengenai konsep jemaah islam itu sendiri. Walau apa pun kesannya, kisah UG telah pun ditamatkan. Ketiga2 pemimpin utama PR telah berbincang dan membuat keputusan untuk mengukuhkan PR. Tidak perlu lagi mengungkit soal UG, fokus kpd pengukuhan ahli peringkat akar umbi untuk menghadapi PRU13.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: