Dosa

Para ulama’ telah membahagikan dosa itu kepada 2 bahagian:

  1. Dosa kecil
  2. Dosa Besar.

Imam Al-Ghazali membahagikan dosa itu kepada 3 bentuk utama:

  1. Meninggalkan perkara yang diwajibkan oleh syarak, seperti meninggalkan sembahyang, puasa, zakat dan seumpanya. Jika hendak  melepaskan diri dari dosa ini hendaklah mengqada’ atau menunaikan terus kewajipan yang ditinggalkan itu.
  2. Dosa antara manusia dan Allah SWT seperti minum arak, berjudi, riba dan seumpamanya. Cara hendak melepaskan diri dari dosa sebegini adalah dengan bertaubat dan menyesal diatas ketelanjuran serta berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
  3. Dosa antara manusia dan manusia, seperti menipu, mencuri, merompak dan sebagainya. Dosa ini sukar untuk membebaskan diri daripadanya. Sekiranya dosa itu berkaitan dengan harta, maka harta itu wajib dikembalikan semula. Kalau tidak mampu wajib meminta kemaafan dan menghalalkan harta itu daripada tuannya itu. Jika tidak mampu kerana tuannya telah mati, maka wajiblah bersedekah harta itu. Klu tidak mampu juga, perbanyakkan amal soleh dan sedekah, serta memohon keampunan dari Allah SWT. Jika kesalahan itu melibatkan jiwa maka hendaklah menyerahkan dirinya untuk dilakukan qisas. Kalau tidak mampu, mohonlah keampunan dari Allah dengan taubat nasuha.

Perkara2 yang boleh mendorong kepada melakukan dosa.

1) Iman yang lemah.

Para ulama’ salaf dan jumhur ulama’ islam menggariskan bahawa kurang atau bertambahnya itu berkadar terus dengan amal soleh yang dilakukan. Iman akan bertambah dengan pertambahan amal ibadah berterusan, begitu juga sebaliknya. Jika iman seseorang itu berkurangan, merosot atau lemah tautan hati dan level ubudiah kepada Allah juga akan berkurangan, merosot dan lemah. Maksiat juga akan terus menerus melemahkan iman seseorang, maka dengan itu Allah dan RAsulullah berpesan supaya menjauhi maksiat, menjaga hati dari unsur2 negatif (eg:riak, dengki dll) agar iman terpelihara dan terus meningkat, insyaAllah.

2) Mengikut dorongan syaitan.

Syaitan adalah musuh manusia yang paling utama, syaitan juga telah bersumpah dan sentiasa berikhtiar untuk menjahanamkan hidup cucu nabi adam.

Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. Al-araf[16]

Oleh itu, kita harus sedar dan sentiasa berhati2 dengan tipu daya syaitan agar tidak terjebak dan terus hanyut dalam kancah maksiat. Manusia saya kira tidak perlulah berbalah sesama sendiri dek hal remeh temeh tetapi bersatu hati dengan menjadikan syaitan  sebagai musuh utama dan sentiasa diperangi.

3) Mengikut godaan hawa nafsu.

Nafsu dalam diri manusia adalah wadah interaksi diantara yang baik dan yang buruk. Ia bagaikan satu bekas yang menerima hidayah dan juga menerima kesesatan. Oleh itu, nafsu hendaklah dijaga dan dididik agar terus bersih untuk menerima hidayah.

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). As-syams[7,8,9,10].

Allah mengingatkan manusia agar tidak melampaui batas dengan menurut segala kemahuan nafsu tanpa berlandaskan hukum2 dan landasan agama. Nafsu diciptakan Allah adalah untuk menguji sejauhmana tahap keimanan hambanya.

4) Kejahilan.

Kejahilan manusia terhadap islam menjadikan manusia memusuhi islam dan tenggelam dalam kemaksiatan. Kejahilan adalah ibu kepada maksiat, kerana manusia yang jahil akan bertindak dan melakukan apa saja kerana hanya berpandukan keinginan dan hawa nafsu semata2 tanpa panduan dan limitation yang sepatutnya. Allah menurunkan al-quran sebagai petunjuk dan as-sunnah sebagai pelengkap kepada petunjuk tersebut agar menjadi panduan seluruh umat manusia supaya mereka tidak sesat dan melanggar fitrah. Allah juga mewajibkan umat islam untuk mencari ilmu dan memahaminya dengan jelas dan paham dengan mendalam terhadap semua perkara, khususnya mengenai ajaran islam.

Ilmu adalah cahaya Allah yang akan memandu kehidupan manusia yang selamat di dunia dan akhirat. Kejahilan bererti kegelapan yang menjerumuskan manusia kearah maksiat, dosa dan kesesatan. Oleh itu, tingkatkan ilmu di dada sementara masih belum mempunyai tanggungjawab yang besar dan banyak.

5) Mengabaikan Al-quran dan As-sunnah.

Rasululllah meninggalkan al-quran dan as-sunnah sebagai pusaka untuk menjamin keselamatan umat islam didunia dan akhirat. Allah SWT juga mengingatkan agar manusia tidak mengambil sesuatu sikap atau tindakkan tanpa kefahaman atau keilmuan yang jelas dan juga jangan membuat keputusan yang bercanggah dengan al-quran dan as-sunnah. Penyimpangan dan pengabaian daripada dua unsur ini tentunya merupakan maksiat, syirik, bid’ah yang mengundang kepada dosa kecil dan juga dosa besar. Ibnu Qayyim mengatakan bahawa tindakkan yang menjadikan al-quran dan as-sunnah atau islam itu sendiri bukan sebagai cara hidup adalah ibu segala dosa besar dan dosa kecil.

6) Persekitaran yang negatif.

Persekitaran juga turut menyumbang kepada buruk dan baiknya seseorang. Bi’ah solehah akan melahirkan manusia yang beriman dan soleh dan ia umpama baja yang menyuburkan sifat kebaikkan dan keimanan dalam diri manusia. Oleh itu, manusia harus bijak dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran atau memilih untuk berada dalam bi’ah solehah agar manusia terus dijaga keselamatan didunia dan akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: