Muamalat

Definisi muamalat:

Muamalat ialah perhubungan antara manusia sesama manusia untuk mendapatkan keperluan masing2 dengan cara yang baik sesuai dengan ajaran dan tuntutan agama serta landasan syara’. Syariat islam telah menjelaskan dengan terperinci tentang perkara2 yang berkaitan dengan muamalat, antaranya ialah jual beli, sewa, hutang, gadaian, upah, syarikat usahasama, syarikat peemodalan serta perkongsian untung dan rugi.

Firman Allah SWT :

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan – Al-Qasas [77].

Fungsi dan kepentingan muamalat:

1) Mewujudkan masyarakat yang bekerjasama, tolong menolong, bertukar2 keperluan dan berkenal kenalan antara satu sama lain.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu) -Al-huujurat[13]

2) Muamalat dapat membawa kepada perpaduan umat kearah keamanan kepada masyarakat dan negara.

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya) – Al-maidah[2].

3) Dapat menghindarkan daripada berlakunya penindasan, kezaliman dan penipuan.

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya) – Al-baqarah[188].

4) Mewujudkan masyarakat yang sentiasa berdikari, saling berlumba2, tekun dan sabar dalam mencari rezeki yang halal.

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia. – Al-Qasas [77]

5) Melahirkan umat yang sentiasa bertanggungjawab, serta sentiasa berlumba2 dalam membelanjakan harta pada jalan yang diredhai Allah SWT seperti sedekah, zakat, hibah, wasiat dan sebagainya.

Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.- Al-baqarah[148]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: