Membentuk kerajaan yg kuat

Jika diteliti bagaimana hendak membentuk sebuah kerajaan yg kuat semestinya perlu dilihat kepada aspek2 asas kepada pembinaan sesebuah kerajaan, antaranya:

  1. Pemimpin yg berkaliber.
  2. Matlamat & Halatuju + perancangan yang bersistematik.
  3. Ekonomi yang kukuh.
  4. Kebajikan yang menjaga rakyatnya.
  5. Peraturan yg tepat dan tegas perlaksanaannya.

Bagaimana pula dalam pembentukkan sebuah gerakan islam, sudah semestinya tidak lari dari mengikuti aspek2 asas kepada sebuah kerajaan yg kuat.

pemimpin yg berkaliber:

Apabila dilantik menjadi pimpinan, anda seharusnya memahami matlamat dan halatuju organisasi anda. Membuat perancangan berdasarkan matlamat yg hendak dicapai sejak diawal taklifan diberi kepada anda. Jika tak paham, sila bertanya. Jangan menunggu arahan dari pihak tertentu, kerana itu hanya melambatkan gerak kerja anda. Terus merancang dan membuat gerak kerja selagi mana anda yakin itu akan bermanafaat kpd gerakan anda. Jangan lupa juga utk melatih ahli lain untuk menggantikan tempat anda nti.

Matlamat & Halatuju + perancangan yang bersistematik:

Bila dah merancang, sila la buat gerak kerja dengan bersungguh. Saya yakin dan percaya, byk organisasi yang mantap perancangannya tetapi lemah dari segi gerak kerja. Apa puncanya, cari dan cuba atasi dengan bersungguh2. Lebihkan tindakkan dari bercakap.

Ekonomi yang kukuh.

mcm mana nk kukuh klu kegiatan ekonomi pon tade. Fikirlah satu idea yang bule memberi pulangan yang besar dan berusaha + istiqamah. Wujudkan kesinambungan antara sesi kepimpinan.

Kebajikan yang menjaga ahli:

Kita harus sedar, ahli yang akan mendokong dan menjayakan setiap gerak kerja yang dilancarkan oleh pimpinan. Kebajikan yg diberi bukan sekadar berbentuk material tp juga dari segi ruhani yang membina kualiti diri. Sungguh malang bagi sebuah organisasi mengabaikan aspek asas ini. Ahli inilah yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan pada sesi2 akan datang. Jagalah ahli jika ingin melihat kesinambungan organisasi yang lebih kukuh di masa depan.

Peraturan yg tepat dan tegas perlaksanaannya:

Peraturan yang dibuat bukanlah utk membebankan ahli, tetapi untuk membina jatidiri dan kualiti  ahli tersebut. Apatah lagi bagi sebuah gerakkan islam, tentulah mesti lebih proaktif dan lebih baik dari sudut ibadah, muamalat dari orang tidak menjadi ahli gerakan islam. Budaya yang tidak berfaedah seharunya dielakkan, eg: couple, mengumpat. Budayakan amalan mencari ilmu, ketatkan peraturan rumah jamaah, perbanyakkan amalan sunat (eg: zikir, puasa, solat sunat). Apa salahnya klu utk islam.

————————

Semuanya adalah sekadar teori, mohon pertolongan Allah dan bersungguh2 adalah kunci kepada kejayaan teori diatas.

nota:

saya tidak menyatakan fungsi setiap aspek asas diatas secara specific kerana cuba memendekkan catatan saya dan saya yakin ramai yang sudah tahu fungsi2 setiap aspek asas tersebut. Catatan ini sekadar refreshment bagi yang terlupa.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: