Kuatkan hati..

Benar sekali firman Allah yang berbunyi ‘Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya’. Segala ujian yang ditimpakan adalah sesuatu yang mampu dilalui.. Disinilah Allah menilai keikhlasan hambanya. Hati yang tidak ikhlas akan mencernakan pelbagai alasan untuk melepaskan dari memegang tanggungjawab, walaupun alasan itu adalah sebenarnya satu penipuan yang direka. Ikhlas itu datang dari hati yang bersih bertunjangkan iman yang kuat. Tanpa iman yang benar2 mantap sukar untuk membentuk hati yang ikhlas dan mudah diseleweng oleh nafsu dan syaitan. Kita harus membentuk dan sentiasa menjaga iman agar sentiasa bertambah supaya ia dapat mengawal kelakuan dan akhlak kita.

Sesuatu taklifan yang diberi sememangnya sangatlah berat untuk dipikul malah akan dipersoal pula oleh Allah SWT. Tetapi ini bukan alasan untuk mengelak diri dari ditaklifkan memandangkan situasi terlalu mendesak dan bertambah sukar jika ada yang menolak. Seseorang dipilih untuk memimpin sememangnya telah ditakdirkan untuk dipilih, tp persoalannya adakah dia dipilih untuk membantu atau merosakkan apa yg dipimpinnnya. Dan disinilah persoalan keikhlasan dan kekuatan iman memainkan peranan dalam memacu seseorang untuk lebih agresif dalam kepimpinannya, membaiki kelompangan dan menyusun atur gerak kerja dengan baik, agar apa yg dipimpin mencapai objektif yang disasarkan dengan efektif dan efisien.Berusahalah agar tidak terjatuh didalam golongan yang menghancurkan apa yang dipimpinnya.

Sebagai seorang yang melalui fasa tarbiah, kita seharusnya yakin dan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada Allah tanpa ada ragu-ragu. Allah memberi jaminan dalam surah muhammad, ayat 7 dengan bahawasanya  Allah akan menetapkan kedudukan seseorang jika dia menjadi pembantu Allah walaupun pada hakikat Allah tidak memerlukan sesuatu pun untuk membantunya. Begitu ramai yang menyeleweng atau mengabaikan jaminan Allah ini samada secara sedar atau tidak dengan meninggalkan gerak kerja atau enggan menerima taklifan kerana dikhuatiri akan mengganggu tugas seharian sebagai seorang pelajar atau apa-apa jua rutin sehariannya. Apa yang harus kita sedar bahawa, segala yang berlaku dan akan berlaku adalah mengikut kehendak Allah semata-mata, tidak sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuan Allah SWT dan dia berkuasa memberi dan menarik nikmat mengikut qudrah dah iradahnya. Oleh itu, jangan terlalu sombong dengan memikir dan mementingkan permalasahan sendiri dari memikirkan masalah umat dan mengabaikan tanggungjawab terhadap kerja-kerja dakwah.

Studi dan gerak kerja dakwah seringkali bertembung menyebabkan ramai yang hilang fokus pada kedua2nya, ada yang meninggalkan salah satu daripanya dan juga yang ghuyub meninggalkan kedua2nya dek tekanan yang dihadapi. Benda pertama yang kita harus sedar bahawa, kedua2nya adalah sebahagian daripada amal islami dan dituntut dilakukan dengan bersungguh2. Jika bertembung keduaanya, hendaklah melihat kepada kepentingan atau keutamaan dan juga mudharat dari kedua2nya. Oleh itu, kita hendaklah memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu agar kita dapat membuat penilaian dan keputusan yang tepat mengikut keadaan semasa.

Kepada yang bakal dilantik dengan jawatan tertentu diharapkan dapat mempersiapkan diri dan mengukuhkan hubungan dengan Allah agar sentiasa ditetapkan iman dan diberikan jalan penyelesaian kepada masalah yang bakal dihadapi nanti, insyaAllah.

2 Comments »

  1. katak comey Said:

    betul2..yg sudah meletakkan taklifan jua perlu utk sentiasa mengambil berat tanggungjawab bebanan dakwah ini. bukan sekadar dipikul semasa “mempunyai kuasa taklifan” shj kan? =D peace no war

    • tilmizislam Said:

      betul 3x (mcm upin)
      melepaskan taklifan untuk menerima taklifan diperingkat seterusnya.
      dakwah adalah taklifan yang tidak boleh dilepaskan.. dilantik atau pon tidak, formal atau informal.. dakwah tu kewajipan atas setiap muslim.


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: